Lokasi :Rumah Damai Anak-Anak Yatim
KM28.5, Jalan Kuang, Lorong Teratai, Kampung Damai
48050 Kuang, Selangor
Pada 12 April 2008, seramai lebih 50 kakitangan Penerbangan Malaysia dari pelbagai bahagian, meluangkan masa 'turun padang' bersama-sama menabur bakti pada anak-anak yang kurang bernasib baik di Asrama Damai, Kuang Selangor. Semangat untuk berbakti yang ditunjukkan oleh setiap peserta dalam projek komuniti ini sesungguhnya amat menyentuh hati penghuni rumah Asrama Damai tersebut . Walaupun hanya seketika dapat meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak disana namun ianya memberi banyak impak pada kedua-dua belah pihak. Dari kami, semua peserta projek komuniti ini, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penghuni Asrama Damai yang sudi memberi peluang kepada kami untuk menjayakan projek ini. Kepada semua peserta, 'big thanks' diatas usaha murni anda dan mempamerkan semangat 'MH'.